Penglibatan dalam masyarakat Asmak_Husin

Beliau aktif dalam aktiviti wanita dan masyarakat khususnya di negeri Kelantan. Antaranya beliau merupakan ahli penggubal Dasar Kanak-kanak Fitrah Negeri Kelantan, ahli jawatankuasa semakan Dasar Wanita Kelantan, dan ahli Jawatankuasa Induk Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga & Kebajikan Negeri Kelantan sejak tahun 2013. Selain itu, beliau juga merupakan ahli Persatuan Ulama Malaysia dan pernah muncul di kaca televisyen Malaysia sebagai ahli panel bagi rancangan Tanyalah Ustazah di TV9 dan Fiqh Wanita di TV3